Kau Orang Tenggok Gambar Ini, Apa Yang Dilakukan Oleh Lelaki Itu Membuat Netizen Kagum. Dia Rela Bertukar…

loading...

loading...
Cuba lihat gambar dibawah ini, apabila dilihat sekilas maka tak nampak ada yang special di foto itu. Tapi cuba kau orang perhatikan benar-benar, maka terlihat ada sesuatu yang mungkin akan membuat Anda kagum dengan tindakan pria didalam foto itu.



Jom kita simak sahaja kisah selengkapnya dibawah ini

Sudah semestinya, sebagai seorang pencinta yang setia, seseorang itu akan sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang mereka sayangi. Bagi lelaki ini, dia telah dipuji oleh netizen selepas gambarnya membantu kekasih tersebar luas di internet.

Menurut Nextshark, gambar itu telah diambil di tingkat lima Hospital Xinqiao di daerah Shapingba, Chongqing oleh seorang wanita bernama Xie yang kemudiannya memuat naik di internet.

Melalui gambar itu, lelaki berkenaan boleh dilihat menyarung kasut tinggi milik teman wanitanya dan menurut Xie, pasangan itu sudah pun bertukar kasut ketika ketibaannya di hospital berkenaan.



Teman wanita tersebut dikatakan berada dalam keadaan tidak selesa namun kemudian dia mempelawa untuk menukar kasut semula tetapi lelaki itu menolak.

Difahamkan, wanita tersebut mempunyai masalah sakit kaki jadi disebabkan itu, lelaki berkenaan menawarkan dirinya untuk memakai kasut teman wanitanya demi mengurangkan kesakitan yang dialami. Sweet nya!

Menurut Xie lagi, lelaki itu turut dilihat menenangkan kekasihnya dengan mengusap kepala wanita tersebut beberapa kali.

Gambar tersebut kemudian tular serta merta dan netizen memuji tindakan lelaki itu yang dikatakan jarang dilakukan ramai lelaki zaman sekarang.

“Lelaki ini memang romantik.”

“Ini baru #relationshipgoals.”

Namun, ada juga yang menyalahkan teman wanita lelaki itu kerana dianggap tidak bertolak ansur.

“Kalau dah tahu nak jalan jauh atau berdiri lama, kenapa pilih untuk pakai kasut tinggi? Bro, lebih baik cari teman wanita lain. Kalau tak, kena pakai kasut tinggi selamanya.”

“Saya lebih ambil berat tentang kaki saya daripada ambil berat tentang teman wanita. Kesihatan dulu baru cinta.”

Lain orang lain pendapat kan? Tapi, untung la saiz dia sama dengan saiz girlfriend, kalau tak berkaki ayam lah nampaknya…

sumber: nextshark

loading...

Loading...